Sunday, 28 May 2017



PENGENALAN

Pada abad ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Informatian and Communications Technology). Antara cabaran negara adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. K-ekonomi ini memerlukan sokongan padu daripada sektor pendidikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.

Hakikatnya, sekolah-sekolah di Malaysia sekarang menghadapi masalah menyedia dan mengeluarkan  sumber manusia atau tenaga kerja yang berkualiti.  Syarikat-syarikat perniagaan dan juga agensi-agensi kerajaan terpaksa menerima pekerja yang tidak kreatif dan kurang kemahiran dalam menyelesaikan masalah, bekerja secara kolaboratif dan mengurus masa.  Situasi yang kita hadapi ini adalah masalah semasa.  Perubahan yang sedang kita hadapi dalam politik, ekonomi, teknologi dan iklim akan menjadi lebih dramatik pada masa akan hadapan.  Oleh itu, pendidikan di Malaysia sekarang perlu membekalkan generasi muda dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi menyediakan mereka dengan cabaran abad ke-21.

Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat : A Brief History of the Twenty-First Century, menyatakan pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini.  Alvin Toffler pula dalam bukunyaPower Shift : Knowledge, Wealth and Power at the Edge of The 21st Century menyatakan bahawa 'the illiterate of the 21st century are not those that cannot read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) bagi menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Antara fokus PPPM ialah enam (6) aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.  Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pegangan pelaksanaan sistem pendidikan di negara kita. 

RASIONAL

Keperluan kepada Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan salah satu tuntutan untuk menjayakan PPPM.  Sehubungan itu, satu program yang komprehensif akan dilaksana oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi memastikan warga pendidik negeri Johor dapat melahirkan generasi muda yang mampu bersaing dan menangani cabaran di peringkat global.  Kertas kerja ini disediakan sebagai cadangan mencadangkan untuk melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah-sekolah negeri Johor . 


MATLAMAT

Program Pembelajaran Abad Ke-21 dilaksanakann untuk melahirkan murid yang mampu bersaing dan dapat menangani cabaran di peringkat global.

OBJEKTIF

Membangunkan persekitaran bilik darjah abad ke-2 

Meningkatkan kemahiran guru menggunakan pedagogi abad ke-21  

Memberi kemahiran pembelajaran abad ke-21 kepada murid-murid

Membudayakan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) sebagai strategi pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 di sekolah 


PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Menurut Martha Hampson dan rakannya dari Innovation Unit, United Kingdom, terdapat sepuluh (10) idea yang praktikal boleh digunakan  oleh pengurus sekolah untuk melaksanakan pembelajaran abad ke-21 iaitu:

Open up lessons ; 

Menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan merupakan masalah utama semua guru di sekolah.  Sama ada murid memperoleh kemahiran tertentu atau sebaliknya menjadi perkara kedua.   Dalam pembelajaran abad ke-21, pembelajaran secara individu atau kumpulan perlu dirancang secara fleksibel dan tidak terlalu rigid.  Murid hendaklah diberi peluang dan masa yang mencukupi untuk menyelesaikan tugasan yang diberi dan seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan oleh guru.  Guru pula perlu menyokong dan memantau sepanjang proses pembelajaran.

Think outside the classroom box; 

Menjadi kebiasaan setiap bilik darjah, murid akan duduk dalam barisan di meja masing-masing mengadap guru.  Susunan sebegini dibuat bagi menyenangkan guru menyampaikan maklumat secara berkesan kepada sekumpulan murid. Keadaan ini sesuai apabila guru merupakan sumber utama kepada murid. Namun, keperluan kemahiran abad ke-21 seperti penyelesaian masalah secara kolaboratif, teknologi maklumat, literasi maklumat dan ekonomi, memerlukan kaedah pengajaran yang baru.  Peranan guru bukan lagi sebagai penyampai maklumat tetapi membimbing, berbincang, dan mentaksir perkembangan seseorang murid dan seterusnya memberi sokongan.  Oleh itu, konsep sesebuah bilik darjah lebih kepada bilik sumber di mana maklumat senang diakses dan mempamerkan hasil-hasil kerja murid.  Susunan meja dan kerusi bilik darjah perlu sesuai untuk aktiviti berkumpulan  seperti  perbincangan,  eksperimen dan kajian.

Get personal; 

Selalunya kita menganggap murid yang memerlukan perhatian khusus ialah murid berkeperluan khas (special educational needs) seperti murid masalah pembelajaran (slow learners).  Hakikatnya semua murid sebenarnya memerlukan perhatian khusus kerana mempunyai keupayaan pelbagai.  Walau bagaimanapun, guru menghadapi kekangan masa untuk menangani keperluan murid secara induvidu.   Dalam pembelajaran abad ke-21, pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) memberi peluang dan tanggungjawab kepada murid melaksanakan projek mengikut minat, kreativiti dan kemahiran masing-masing.

Tap into students’ digital expertise; 

Teknologi telah mengubah cara kita mengakses maklumat. Apa lagi bagi generasi muda yang lahir dalam era teknologi yang canggih.  Generasi sekarang secara semula jadi merupakan seorang penyiasat, penyelidik dan juga pengumpul maklumat.  Kemahiran-kemahiran ini sepatutnya digunakan oleh guru dalam merancang pembelajaran kendiri (Self-access Learning), pembelajaran berasaskan inquiri (Inquiry-based Learning) dan kerja secara kolaboratif (Peer Collaboration).  Hasil kerja murid boleh dijadikan sebagai showcases terbaik apabila projek yang dihasil melibatkan audio, teks, imejan dan video.

Get real with projects;

Penyediaan sesuatu projek melibatkan tiga (3) langkah penting iaitu proses penyediaan draf (lebih dari sekali),  perbincangan/sumbangsaran/kritikan dan  persembahan/pameran.  Ketiga-tiga proses ini adalah kritikal kerana akan menghasilkan kualiti kerja yang sangat tinggi oleh murid dan juga guru.  Projek sebegini akan memberi pengalaman kepada murid bekerja dalam kumpulan, mengurus masa dan membuat persembahan/pameran kepada rakan lain/guru/ibu bapa atau pihak luar.

Expect (and help) students to be teachers;

Murid perlu diberi peluang terlibat secara aktif menjadi mentor dan pembimbing kepada rakan sebaya.  Kaedah yang digunakan ini akan lebih relevan dan dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran berkomunikasi  dan jati diri murid tersebut.

Help (and expect) teachers to be students;

Guru sebenarnya sangat ghairah untuk mendapat sebanyak mungkin ilmu bagi meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan.  Untuk itu, platform yang sesuai perlu disediakan kepada guru-guru sama ada di peringkat sekolah, daerah atau jabatan.  Pembelajaran melalui kajian perlu menjadi amalan dalam kalangan guru untuk inovasi dan juga peningkatan dalam kualiti pengajaran serta pencapaian murid.

Measure what matters;

Keupayaan untuk menyimpan maklumat dan fakta menjadi kurang relevan dalam era digital sekarang.  Sebaliknya, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), memperoleh, menganalisis dan menyusun maklumat adalah lebih penting.  Begitu juga dengan kemahiran bekerja dalam kumpulan, mengguna ikhtiar, menyelesai masalah dan kreatif.  Semua kemahiran ini sangat diperlukan dalam abad ke-21. Oleh itu, pentaksiran yang dilaksana oleh guru juga perlu berfokus kepada kemahiran-kemahiran tersebut.

Work with families, not just children;

Terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian murid. Penglibatan ibu bapa dan komuniti di sekolah merupakan perkongsian akauntabiliti dalam pencapaian dan pembangunan murid-murid.  Sebagai contoh, Mayfield Primary School di London memberi peluang kepada ibu bapa selama 30 minit untuk belajar bersama dengan anak-anak mereka waktu persekolahan.  Terdapat sekolah yang melibatkan ibu bapa dalam penyediaan projek oleh anak-anak mereka seperti membuat persembahan atau pameran.  Jaringan sosial seperti Facebook perlu diwujudkan sebagai platform untuk perbincangan dan menyampaikan maklumat terkini kepada ibu bapa tentang program yang dijalankan di sekolah.

Power to the student;

Murid merupakan rakan kongsi yang berpotensi dalam pembelajaran.  Melibatkan murid dalam beberapa pengurusan pendidikan (terutama isu yang melibatkan murid) sebenarnya melatih mereka bertanggungjawab, berminat dan menjadi warga negara yang aktif apabila dewasa kelak. Jika ini dilaksanakan, bermakna sekolah telah berjaya mewujudkan budaya di mana semua warga sekolah dilibatkan dalam pendidikan dan pembelajaran. 

Kemahiran pembelajaran dan  pembelajaran (PdP) yang terdapat  dalam abad ke-21 ialah: 
i.         Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)
ii.            Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)
iii.            Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills) 
Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 ialah: 
i.         Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
ii.            Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
iii.            Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
iv.            Literasi Maklumat (Information Literacy)
v.            Literasi Media (Media Literacy)
vi.            Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and Technology Literacy)
vii.            Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
viii.            Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
ix.            Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
x.            Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
xi.            Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility) 
Guru-guru abad ke-21 perlu mempunyai ciri-ciri guru berikut: 
i.         Menguasai subjek (Kandungan Kurikulum)
ii.            Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi
iii.            Mengesan perkembangan murid-murid dan menyokong mereka
iv.            Memahami psikologi pembelajaran (Cognitive Psychology)
v.            Memiliki kemahiran kaunseling
vi.            Menggunakan teknologi terkini 
Manakala ciri-ciri murid yang diharapkan hasil pembelajaran abad ke-21 ialah:
i.         Berupaya membuat hubung-kait
ii.            Bijak menyoal
iii.            Yakin berkomunikasi
iv.            Mengambil risiko
v.            Dahagakan ilmu
vi.            Ingin tahu
vii.            Menjana idea
viii.            Fleksibel
ix.            Tidak berputus asa
x.            Mendengar dan membuat refleksi
xi.            Berkemahiran kritis
xii.            Menguasai kemahiran literasi
xiii.            Berani mencuba
xiv.             Mampu berfikir sendiri
xv.            Membuat inisiatif
xvi.            Mampu bekerja dengan orang lain
xvii.            Membuat perubahan
xviii.            Berintegriti
xix.            Berkeperibadian tinggi

BILIK DARJAH ABAD KE-21

Konsep bilik darjah abad ke-21 yang akan dibangunkan ialah:  
i.         Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha murid supaya menarik dan bermakna.
ii.            Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.

Prasarana / Fizikal bilik darjah abad ke-21 yang dicadangkan ialah: 
Bilik darjah sebagai bilik sumber 
i.         Murid duduk dalam kumpulan (4 – 6 orang). 
ii.            Jika boleh, bilik darjah dilengkapi komputer yang dirangkaikan (2 atau 3 unit) – Instant Access / Interactive/ dilengkapi LCD dan / atau direct projector / Papan putih /soft board
iii.            Hasil kerja murid dipamerkan.  

Bilik darjah berasaskan mata pelajaran (Subject-based Classroom - SBC) 
i.         Murid duduk dalam kumpulan (4 – 6 orang).
ii.            Mata pelajaran yang dicadangkan ialah mata pelajaran teras atau kritikal
iii.            Jika boleh, dilengkapi komputer yang dirangkaikan ( 2 atau 3 unit) – Instant Access/ Interactive / dilengkapi LCD dan / atau direct projector / Papan putih / soft board.
iv.            Hasil kerja murid dipamerkan.
v.            SBC ini juga sesuai dilaksanakan oleh sekolah kurang murid (SKM) / kelas yang mempunyai murid melebihi 25 orang / mempunyai banyak kelas kosong
vi.            Bilik darjah ‘terbuka’ (Outdoor Classroom)
vii.            Lorong bermaklumat
viii.            Ruang santai

KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)

Pemilihan PLC sebagai asas pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan usaha komprehensif Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian murid.  PLC merangkumi aktiviti-aktiviti kolaboratif peringkat sekolah dan juga  pihak sekolah dengan komuniti luar. PLC menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan partnership. 

Secara amnya, PLC merujuk kepada usaha para pendidik yang komited bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka (DuFour, Eaker & Mary, 2006)

Terdapat tiga (3) Prinsip asas PLC yang perlu diberi keutamaan iaitu memastikan pembelajaran murid, berlakunya budaya kolaboratif dan berfokuskan kepada pencapaiaan.

Beberapa strategi PLC perlu dibangunkan dan dirancang oleh sekolah bagi memastikan Pembelajaran Abad Ke-21 dapat dilaksanakan dengan berkesan.  Antara strategi pembangunan PLC yang dicadang dilaksanakan pada peringkat sekolah atau kluster PLC ialah: 
i.         Jejak Pembelajaran (Learning Walks)
ii.            Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi
iii.            (Peer Coaching  / Instructional Coaches)
iv.            Belajar Menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Study)
v.            Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions)
vi.            Perkongsian amalan terbaik (Best practises)
vii.            Pengajaran secara kolaboratif (Collaborative Teaching)
viii.            Sistem Sokongan Rakan Sekerja (Buddy Support System)
ix.            Coaching Partnership
x.            Cross visits 


No comments:

Post a Comment

Templet Bahan Bantu Mengajar Express Cikgu Sal 2024 - Katak Cikgu Sal

                                                               Katak  C ikgu Sal