Monday, 29 May 2017

Perkembangan Sosio Emosi (Penerapan Nilai Murni)

Tugasan kali ni Cikgu Sal kena buat satu rancangan slot pengajaran di mana Cikgu Sal perlu terapkan nilai-nilai murni dalam aktiviti tersebut.  Jom tengok nilai apa yang boleh dterapkan dalam aktiviti capan ni..

AKTIVITI:
CAPAN POKOK


  1. Guru menunjukkan pokok yang telah di cop menggunakan warna air untuk dijadikan daunnya
  2. Murid diminta menghasilkan gambar pokok seperti yang ditunjukkan oleh guru.
  3. Guru membuat tunjuk cara bagaimana menggunakan warna air untuk menghasilkan daun pada pokok.
  4. Murid diminta mencari pasangan masing-masing untuk menjalankan aktiviti.
  5. Guru menerapkan nilai kasih sayang dengan soalan jika kamu sayang kawan kamu, peluk mereka dengan erat dan jadikan mereka pasangan kamu.
  6. Murid memeluk pasangan masing masing.
  7. Guru mengagihkan apron kepada setiap murid supaya pakaian mereka tidak terkena warna air
  8. Guru menerapkan pentingnya sikap tolong-menolong apabila kita berada dalam kesusahan.
  9.  Murid dikehendaki menolong pasangan masing-masing mengikat apron yang dipakai.
  10.  Mereka juga di ajar menyebuat terimah kasih pada kawan yang telah mengikat tali apron tersebut.
  11. Setiap pasangan dikehendaki duduk di tempat masing-masing untuk memulakan aktiviti
  12. Setiap pasangan diberikan lakaran pokok dan mereka dikehendaki bekerjasama dan bertolak ansur dalam menghasilkan daun-daun pada pokok.
  13. Guru meminta murid mempamerkan hasil kerja masing-masing.
  14. Murid menyanyikan lagu “Tanya Sama Pokok” melalui video yang ditayangkan sambil membuat pergerakan.

No comments:

Post a Comment

Templet Bahan Bantu Mengajar Express Cikgu Sal 2024 - Katak Cikgu Sal

                                                               Katak  C ikgu Sal