Monday, 29 May 2017

TEORI PERKEMBANGAN EMOSI ERIK ERIKSON

Erik Erikson (1902-1994) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak dalam jangka masa kehidupan mereka. Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu. Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak. 

Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson kerana ia mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial. 


PRINSIP-PRINSIP TEORI ERIKSON 

1. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama. 
2. perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas. 
3. perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu. 
4. setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang berikutnya. 
5. kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya. 


PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN EMOSI TEORI ERIKSON 

Tahap 1 - Kepercayaan Lawan ketidakpercayaan (0 -18 bln) 

- Mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman 
- Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain 
- Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya dengan orang lain 
- Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup 
- Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya. Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain akan wujud sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang baik dari penjaganya; terutama daripada ibu. Sebaliknya; jika bayi tersebut tidak mendapat penjagaan yang sempurna maka akan timbul perasaaan tidak percaya pada tahap ini. Cara penjagaan bayi akan mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi tersebut. 


Tahap 2 - Autonomi lawan malu/kekeliruan (18 bln – 3 thn ) 

• Konsep diri mula bertambah nyata 
• Mula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan tindakannya bukan orang lain 
• Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat 
• Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain 
• Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan 
• Rasa diri kurang cekap – malu dan mula meragui kebolehan diri 
• Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji – lebih yakin 
• Sentiasa didenda/dimarah – malu dan ragu-ragu 
• Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan yang diingini dipuji – dapat mengenal jenis-jenis t/laku yang digalakkan dan yang hendak dielakkan 
• Kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah diterima atau didorong 
• Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berkeinginan melakukan sesuatu perbuatan sendiri. Mereka mula berdikari dan tidak suka dibantu atau dikongkong orang dewasa. Situasi ini merupakan permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut. Dorongan dan galakan ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina perkembangan dan menyelesaikan sesuatu tugasan. 

Tahap 3 - Inisiatif lawan Bersalah (3-6 thn) 

• Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar – inisiatif
• Dapat belajar dan bergerak dengan cepat 
• Lebih peka kepada perkara betul dan salah 
• Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina sikap positif. 
• Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri 
• Sering dikawal dari mencuba – akan berasa kurang inisiatif 
• Pada tahap ini kanak-kanak mula berinteraksi dengan persekitaran. Banyak inisiatif dilaksanakan bagi memenuhi naluri ingin tahu yang tinggi. Mereka akan cuba melakukan kerja-kerja yang dibuat oleh orang dewasa. Perkembangan ketika ini tidak boleh disalah asuh kerana akan menyebabkan kanak-kanak hilang inisiatif, suka menyendiri dan akan menimbulkan masalah apabila memasuki alam persekolahan.


Tahap 4. ketekunan lawan rasa rendah diri 6-12 tahun

Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap. 

Tahap 5. identiti lawan kekeliruan identiti 12-18 tahun

Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama, jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.

Tahap 6. kerapatan lawan pengasingan 18-35 tahun

Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing jika tidak mahir membina hubungan.


Tahap 7. generativiti lawan pemusatan kendiri (stagnasi) 35-60 tahun

Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang atau sebaliknya hanya memusatkan kepada perkembangan /aktiviti diri. 
Tahap 8. kesepaduan lawan putus asa 60 tahun – akhir hayat


Kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan kepuasan atau merasa tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.

No comments:

Post a Comment

Templet Bahan Bantu Mengajar Express Cikgu Sal 2024 - Katak Cikgu Sal

                                                               Katak  C ikgu Sal