PENDOKUMENTASIAN
Berdasarkan kertas cadangan yang dikemukakan pada peringkat awal, penjelasan mengenai plan projek pelaksanaan inovasi digital ini telah menggunakan proses pembelajaran trialogikal. Saya telah berkolaborasi bersama ahli kumpulan untuk merangka dan mencorak penjanaan idea, pemilihan idea, pembangunan inovasi sehinggalah peringkat pelaksanaan keberkesanan inovasi yang dicipta. Oleh itu, apabila bekerja secara berkumpulan, saya perlu mendokumentasikan setiap maklumat yang diperoleh melalui hasil perbincangan kumpulan agar proses pelaksanaan inovasi dapat dibuktikan dan dirujuk pada masa akan datang. Saya telah berbincang proses merangka dan mencorak idea inovasi ini menggunakan beberapa alat pembelajaran trialogikal seperti dalam rajah 1.
Pendokumentasian yang disusun adalah mengikut fasa pembangunan inovasi. Bermula daripada fasa pertama iaitu mengenal pasti masalah, segala borang soal selidik dan data responden direkodkan dan didokumentasikan pada platform seperti di dalam rajah 2. Bagi fasa penjanaan idea inovasi pula, saya telah merekodkan perbincangan kumpulan yang menggunakan alat trialogikal di dalam platform rajah 2. Seterusnya, fasa ketiga iaitu penciptaan inovasi juga didokemntasikan menggunakan google drive dan pembuktian bahan inovasi dibangunkan melalui bukti bergambar. Setiap proses penghasilan inovasi memerlukan pembuktian yang jelas bagi menjamin keberkesanan proses pelaksanaan sesebuah inovasi. Justeru itu, saya telah membangunkan sebuah ruang maya menggunakan padlet bagi mengumpulkan segala bahan artifak dan sumber berkaitan inovasi digital ini. Anda boleh mengakses pendokumentasian inovasi ini pada pautan https://padlet.com/pju17_c211/4pfeupw6hk0i atau imbas kod dibawah:
Kandungan grafik pada pembungkusan produk digital terutamanya imej produk, logo dan imej jenama dan grafik hiasan memainkan peranan penting bagi menarik perhatian pembeli. Saya telah mengaplikasikan teknik CASPER dalam penghasilan poster grafik, video promosi dan logo untuk persembahan bagi tujuan mempromosikan produk inovasi ini. Singkatan perkataan CASPER sebenarnya bermaksud Contrast (Kontra), Alignment (Susunan lurus), Simplicity (Mudah), Proximity (Berhampiran), Emphasis (Penekanan) dan Repetition (Pengulangan). Menurut Noriati et al. (2012), teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang ingin disampaikan. Bagi pembungkusan produk, saya telah mencipta logo utama seperti dalam rajah 4, dengan menggunakan aplikasi piktochart.
Seterusnya, saya menyediakan poster khas untuk tujuan pembungkusan produk. Sila klik pautan berikut https://create.piktochart.com/output/45393751-poster-kuiz atau imbas kod dalam rajah 5 untuk melihat hasil poster inovasi yang digunakan bagi tujuan mempromosikan produk inovasi saya. Contoh gambar poster boleh dilihat dalam rajah 6. Pada poster yang dihasilkan, telah dimuatkan maklumat tentang kelebihan-kelebihan produk inovasi, kandungan pembungkusan produk inovasi dan manual penggunaan produk inovasi. Tiga perkara ini menjadi elemen utama dalam proses pembungkusan inovasi sebelum dipasarkan kepada masyarakat.
Saya telah membangunkan dua laman media sosial yang boleh diakses pada imbasan kod dalam rajah 7, bagi tujuan memperluaskan inovasi digital ini agar dapat dimanfaatkan kepada semua lapisan masyarakat. Promosi yang dijalankan di Instagram dan Facebook akan mengkomersialkan produk inovasi ini secara umum menggunakan pautan dan poster inovasi yang menarik seperti dalam contoh rajah 8.
No comments:
Post a Comment