KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI
Untuk yang bertanya berkaitan Plan Projek Inovasi kami: Kami buat berpandukan proses model generik pembelajaran Trialogikal.
Setiap proses pembelajaran trialogikal telah menggunakan alat atau bahan sokongan bagi mewujudkan budaya kerja secara kolaboratif sesama ahli kumpulan. Penggunaan teknologi digital telah digunakan dengan rangkaian internet bagi membolehkan proses perbincangan seperti dalam enam fasa proses pembelajaran trialogikal berjalan lancar. Kami telah mencipta dan membangunkan kolaboratif artifak seperti bahan penulisan cadangan projek inovasi, rajah kerangka inovasi dan perbincangan idea inovasi menggunakan platform atas talian. Hal ini demikian kerana, untuk bekerjasama menjalankan proses penyuntingan penulisan kertas cadangan, kami menggunakan platform google doc dan google drive bagi memudahkan pengurusan kerja masing-masing. Bagi proses perbincangan pula, kami berbual tentang perkembangan gerak kerja melalui e-mel, Whatsapp dan Google Hangout. Jelaslah, pendekatan trialogikal menggalakkan pembelajaran khusus tentang inovasi digital secara berkumpulan yang setiap individu perlu bekerjasama berkongsi ilmu untuk mendapatkan sebuah idea kolektif dan transformasi amalan ilmu pengetahuan.
Untuk yang bertanya berkaitan Kerangka Inovasi kami:
LAPORAN PROJEK INOVASI. |
No comments:
Post a Comment