Tuesday 10 January 2023

INOVASI: Persediaan Sebelum Ke Pertandingan Inovasi

 Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman semasa menyertai pertandingan inovasi pula. Pertama, pert. inovasi ini memerlukan yuran yang agak tinggi kosnya. Namun begitu, penyertaannya amat berbaloi. Sebab.... Bila sertai secara satu pasukan, duit tu boleh bahagikan sama rata. Jadi, kosnya takdalah mahal sangat. Baiklah, apabila setiap kali kita sertai, setiap pasukan inovasi akan diberikan satu booth atau reruai untuk mempamerkan bahan-bahan inovasi kalian. Maka, perlulah kalian untuk ada alatan-alatan berikut:


KEPERLUAN SEMASA PERTANDINGAN INOVASI
1.   Abstrak/Sinopsis inovasi
2.   Laporan Inovasi (rujuk entri akan datang)
3.   Poster mengikut saiz yang ditetapkan ( A1-Standard atau A2)
4.   Bunting (Jika perlu)
5.   Bahan inovasi beserta buku manual pengguna
6.   Graf hasil kajian rintis
7.   Brosur dengan penerangan yang mudah difahami
8.   Buku respon pengguna
9.   Video/ Montaj inovasi (rujuk entri akan datang)
10. Video/ gambar bukti kajian rintis
11. Qr Code untuk ke laman web atau laman sosial inovasi anda (rujuk entri akan datang)
12.  Dapatkan sokongan dari mana-mana pihak. Contohnya: Hak Cipta My IPO
13.  Penerangan sebaiknya mengikut aspek kriteria pemarkahan
14.  Semoga Berjaya

Apabila semua kelengkapan dah mencukupi, pastikan kalian lakukan pembentangan sebaiknya. Ingat! penyertaan pert. inovasi ini bukan hanya perlu membentangkan kepada hakim. Tetapi, perlu juga untuk dibentangkan kepada pengunjung yang datang ke booth kita. Jadi, pastikan anda dan pasukan dah rancang apa nak cakap. 
Apa nak cakap? Anda perlu membentangkan segala perkara yang terkandung di dalam laporan inovasi anda tu. Senang bukan? Pendek kata, hafal je supaya nampak berkeyakinan dan pastikan anda sudah bersedia untuk menjawab sebarang persoalan yang dkemukakan oleh hakim. Anda sudah bersedia? Semoga berjaya!
Di sini, saya kongsikan beberapa booth inovasi semasa pertandingan berlangsung:
 
                 
               
            
            
Jadi itulah perkongsian saya... Ini berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan saya sertai. Pastikan kalian ada bahan2 ini sebelum sertai mana-mana pertandingan inovasi. Semoga berjaya kalian! 
Nak tengok contoh video inovasi? boleh kunjungi You Tube Channel Saya 

No comments:

Post a Comment

Templet Bahan Bantu Mengajar Express Cikgu Sal 2024 - Katak Cikgu Sal

                                                               Katak  C ikgu Sal